Pages

Monday 15 July 2013

Hukum Melihat Allah (Ru'yatullah) Di Dunia Dan Di Akhirat Menurut Pandangan Mu'tazilah Dan ASWJ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Pengenalan:
Ru’yah menurut bahasa bermaksud, ”Annazar bil aini au bil-qalbi”(melihat dengan mata atau dengan hati). Ru’yatullah bermakna melihat Allah dengan penglihatan mata atau penglihatan hati.

Isu yang ingin disampaikan pada kali ini ialah, adakah Allah SWT boleh dilihat? Perdebatan tentang persoalan sama ada Allah boleh dilihat adalah merupakan salah satu perbincangan isu perbezaan dalam aspek akidah diantara golongan Mu’tazilah dan ASWJ. Kedua-dua golongan ini menggunakan dalil daripada Al-Quran yang sama dalam menegakkan hujah masing-masing. Isu Rukyatullah ini adalah menjadi pokok pembahasan dan perbincangan di dalam masalah ini .


MELIHAT ALLAH DARIPADA SUDUT PANDANG GOLONGAN MU’TAKZILAH
Mu’tazilah dan berbagai kelompok yang sealiran dengannya, seperti Jahamiyah, Khawarij, Syiah Imamiyah, dan sebagian Murjiah mengatakan bahwa Allah SWT tidak boleh dilihat dengan mata kepala, dan itu mustahil dan mumtani’ (tidak boleh terjadi) pada Allah .

Di antara hujah tentang isu melihat Allah SWT adalah mustahil sama ada didunia dan di akhirat adalah sebagai berikut:

Dalil Pertama:
Firman Allah ;
لاَ تُدْرِكُهُ اْلأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ اْلأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Dia (Allah) tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.[1]


Wajhuddilalah (pengambilan dalil) dari ayat ini:
Qadhi Abdul Jabbar berkata dalam kitabnya Syarah Usul al-Khamsah hal.232: “Allah menafikan al-idrak (pencapaian) dengan penglihatan mata, ini menunjukkan bahawa Allah tidak boleh dilihat oleh pandangan mata bila-bila masa pun dan di mana jua pun juga.

Menurut Mu’tazillah lagi, ayat juga digunakan dalam konteks al-madh (pujian) kepada Allah, bahawa Allah tidak boleh dilihat dengan mata. Kalau dikatakan bahawa Allah boleh dilihat, maka akan berlawanan dengan konteks ayat itu sehingga tidak ada makna dari pujian itu.

Dalil Kedua:
Firman Allah.
وَلَمَّا جَآءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ


Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan, dan Rabb telah berfirman (langsung kepadanya), berkatalah Musa:"Ya Rabbku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku, agar aku dapat melihat kepada Engkau". Rabb berfirman:"Kamu sekali-kali tak sanggup untuk melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap ditempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Rabbnya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata:"Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang pertama-tama beriman". [2]

Wajhuddilalah (pengambilan dalil) dari ayat ini:

         Allah Azza wa Jalla menggunakan kalimah “lan tarani” (Kamu sekali-kali tak sanggup untuk melihat-Ku) yang berfungsi sebagai ‘nafy ta’bid” (peniadaan untuk selamanya), kalau tidak dapat dilihat oleh Musa, juga selamanya tidak boleh dilihat oleh orang lain.

         Firman Allah Azza wa Jalla, "Dan Musa pun jatuh pengsan", seandainya ru’yatullah boleh terjadi, kenapa Musa terus pengsan sebelum melihat Allah?

         Firman Allah Azza wa Jalla, Maka setelah sedar kembali, dia berkata: ”Maha Suci Engkau”. Ar-Razi berkata: ”Musa bertasbih untuh mentanzihkan (menyucikan) Allah Azza wa Jalla dari perbuatan sebelumnya, iaitu permintaan melihat Allah Azza wa Jalla, dan tanzih tidak terjadi kecuali dari kekurangan, dengan demikian maka melihat Allah Azza wa Jalla menunjukkan kekurangan dan hal itu mumtani’ (tidak boleh terjadi) pada hak Allah Azza wa Jalla.”

         Perkataan Musa dalam ayat di atas: ”Aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman” menunjukkan bahawa permintaan melihat Allah Azza wa Jalla dianggap dosa oleh Musa a.s sehingga harus bertaubat kepada-Nya, dan taubat tidak dilakukan kecuali dari perbuatan dosa.


Dalil Ketiga:
Permintaan melihat Allah Azza wa Jalla dianggap sebuah kezaliman. Seperti yang dialami oleh Bani Israil sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla.
فَقَالُوا أَرِنَا اللهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ

“…..mereka berkata: ”Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata”. Maka mereka disambar petir karena kezalimannya…” [3]


Di sini Allah Azza wa Jalla mengadzab orang yang meminta melihat-Nya, bila hal itu diperbolehkan niscaya Dia tidak akan mengazabnya. Ayat senada juga ada pada surah Al Baqarah ayat 55.


Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[4]

A055

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.


Dalil Ke-Empat:
Firman Allah Azza wa Jalla dalam Al-Quran surat Assyura ayat:51

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاء حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاء إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ
Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu, atau di belakang tabir, atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. [5]

Dalam ayat ini Allah Azza wa Jalla berbicara dengan manusia hanya melalui wahyu, atau di balik tabir [hijab], atau melalui utusan-Nya. Kalau Allah Azza wa Jalla boleh dilihat, nescaya Allah menampakkan diriNya secara langsung dan tidak perlu melalui perantara atau di balik tabir.

Kesimpulannya, gologan Mu’takzilah mentakwilkan ayat-ayat Al-Quran menggunakan rasional akal bahawa semua yang dilihat mesti akan berbekas di penglihatan dalam bentuk atau rupa, sedangkan yang demikian mustahil bagi Allah Azza wa Jalla dan Maha Suci Allah Azza wa Jalla dari yang demikian. Dengan itu golongan ini mengatakan bahawa Allah SWT tidak boleh dilihat sama ada di dunia dan juga di akhirat.



MELIHAT ALLAH DARIPADA SUDUT PANDANG GOLONGAN ASWJ:
Menurut ASWJ bahawa Allah boleh dilihat dan boleh dilihat dengan mata kepala di akhirat kelak.

Diantara dalil-dalil yang menguatkan tentang hujah ASWJ adalah sebagai berikut:

Dalil Pertama:

Firman Allah dalam surat Al A’raf ayat 143 yang telah kita bincangkan diatas
Wajhuddilalah (pengambilan dalil)dari ayat ini, adalah:

         Di sini Nabi Musa a.s meminta untuk melihat Allah, kalau yang demikian itu tidak diperbolehkan, apalagi sesuatu yang mustahil, maka tidak mungkin dilakukan oleh seorang Nabi. [6]

         Dalam ayat ini tidak ada yang menunjukkan larangan meminta melihat Allah,karena kalau itu sesuatu yang tidak boleh niscaya Allah akan melarang Musa untuk melakukannya,sebagaimana Allah melarang Nabi Nuh yang meminta supaya anaknya diselamatkan dari banjir. [Baca QS.Hud;46-47]

         Allah mengatakan, ”lan tarani” (Kamu sekali-kali tak sanggup untuk melihat-Ku), bukan menunjukkan Allah tidak boleh dilihat, justeru sebaliknya. Sebab kalau ru’yatullah suatu yang tidak mungkin terjadi nescaya Allah akan memakai lafaz nafi iaitu,”La tarani” (Kamu sekali-kali tidak akan melihat-Ku).

         Abu Said Ad Darimi dalam kitab bantahannya terhadap Jahmiyah mengatakan: ”Tidak boleh dilihat”, iaitu di dunia, kerana mata kepala manusia yang tercipta dari sesuatu yang akan binasa tidak sanggup memandang sesuatu yang baqa’[kekal], tetapi pada hari kiamat Allah akan memberikan penglihatan yang abadi, agar mampu melihat yang Maha Abadi (Allah) di tempat yang abadi (SyurgaNya)”.

         Sesungguhnya dalam ayat ini Allah mengaitkan ru’yatullah dengan sesuatu yang mubah [boleh], atau mungkin terjadi, yaitu tetapnya gunung. Mengaitkan sesuatu yang boleh atau mungkin, menunjukkan sesuatu yang dikaitkan (Ru’yatullah) boleh atau mungkin.

         Allah Azza wa Jalla mengatakan ,”Tajalla” yang berarti menampakkan diri,
Al Qurthubiy dalam tafsirnya Juz IV/ 278 mengatakan: ”Maksudnya Allah Azza wa Jalla ingin memberikan pelajaran kepada Musa, bahawa dia tidak mampu untuk melihat Allah, karena gunung yang begitu kokoh saja bergetar akibat Allah menampakkan diriNya. Kalau kepada gunung yang benda mati saja Allah bisa menampakkan diriNya maka kenapa kepada hambaNya yang soleh tidak boleh? Apalagi tidak mungkin dilakukanNya?


Dalil Ke-Dua:

 Firman Allah Azza wa Jalla.

قَالَ يَا مُوسَى إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالاَتِي وَبِكَلاَمِي فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُن مِّنَ الشَّاكِرِينَ

Allah berfirman: “Hai Musa sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara lansung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang-orang yang bersyukur [7]

Imam Ismail Al Barusuni dalam tafsirnya Ruhul Bayan Juz III halaman 239 mengatakan: “Allah memerintahkan Musa untuk menjadi orang-orang yang bersyukur, seperti firman-Nya: “Hendaklah kamu termasuk orang yang-orang yang bersyukur”, kerana bersyukur akan memberikan tambahan, sebagaimana firman Allah:


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ .

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami menambah (nikmatKu) dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.[8]

Dan tambahan yang akan diberikan Allah adalah boleh melihat Allah, sebagaimana firmanNya.

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُواْ الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ .

Bagi mereka yang berbuat kebaikan syurga dan tambahan. [9]


Dan tambahan yang dimaksud dalam ayat ini adalah melihat Allah.

Firman Allah dalam surat Al An’am ayat 103 (telah disebutkan di atas).
Al Alusiy dalam tafsirnya Ruhul Maani Juz IV halaman 244 mengatakan: “Kalimah ”Al-Abshar” dalam ayat ini adalah jamak dari “Bashar” yang bererti penglihatan, dapat dipakai untuk penglihatan mata atau penglihatan hati. Sedangkan kata ”Al idrak” ertinya pencapaian terhadap sesuatu, dan kata ”Al idrak” mengandung makna lebih dalam dari kata melihat dan inilah yang dinafikan oleh Allah.

Ayat ini juga dalam konteks pujian yang menunjukkan bahawa melihat Allah boleh dan mungkin, sebab kalau sesuatu itu tidak mungkin, untuk apa dipuji. Dalam konteks ini bagi golongan ASWJ berpendapat bahawa Allah boleh dilihat, tetapi mampu menghijab pandangan untuk mencapainya merupakan sebuah kekuasaan yang patut dipuji. Sebab sesuatu yang dari asalnya tidak boleh dilihat, maka ketika tidak dapat dilihat tidak menjadi sesuatu yang istimewa yang perlu di puji.

Ibnu Qayyim menambahkan: “Memakai ayat ini sebagai dalil bahawa Allah SWT boleh dilihat lebih tepat dan benar, bahkan ayat ini menjadi bantahan bagi mereka yang mengatakan Allah tidak boleh dilihat. Kerana ayat ini dalam konteks pujian, dan itu diberikan kepada sesuatu yang ada (maujud), kerana sesuatu yang tidak ada sama sekali (ma’dum mahdah) tidak layak untuk diberikan pujian, kerana itu bukan termasuk kesempurnaan (al-kamal) bagi Allah.”

Dan al idrak (pencapaian) maksudnya adalah al ihathah (mengetahui semuanya dari segala aspek), dengan demikian al idrak adalah sesuatu yang mempunyai erti lebih dari ru’yah. Sebagaimana firman Allah.

فَلَمَّا تَرَاءى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ .

Maka setelah dua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa; ”Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul. [10]


Dalil Ke-Tiga:

Firman Allah SWT:

لَهُم مَّايَشَآءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ

Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami ada tambahan. [11]


Ibnu Katsir dalam tafsirnya Juz VIII/330 mengatakan: “Sesungguhnya “Al mazid” (tambahan) yang Allah berikan kepada hambaNya di atas segala yang dikehendakinya seperti yang dimaksud dalam ayat di atas adalah nampaknya Allah bagi mereka.”


Dalil Ke-Empat:

Firman Allah SWT:

وُجُوهُُ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ . إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ


Wajah-wajah (orang-orang mukmin) waktu itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. [12]

Abu Hasan Al Asyari dalam kitabnya Al-Ibanah hal.12 mengatakan: “Kata “Nazhirah” iaitu ‘Raiyah” yang bererti melihat. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW dalam menafsirkan ayat “Wajah-wajah (orang-orang mukmin) waktu itu “Nadhirah”, iaitu berseri-seri, “Kepada Tuhannyalah Nazhirah (melihat), Iaitu  melihat wajah Allah.


Dalil Ke-Enam:

Ayat-ayat yang memakai kata–kata “Liqa’” (pertemuan) menguatkan lagi hujah golongan ASWJ bahawa manusia boleh melihat Allah SWT ketika di akhirat kelak. Seperti firman Allah.

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكُ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mepersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya. [13]

Allah SWT mengulangi lagi janjiNya kepada manusia yang beriman dan mengerjakan amal soleh dengan teknik pengulangan ayat di dalam Al-Quran. Antara ayat-ayat yang menyatakan “Liqa’” (pertemuan) juga ada pada terdapat pada  surah Al Baqarah : 223, 249, dan Al Ahzab : 44.

Liqa (pertemuan) iaitu bertemu dengan Allah, dengan cara mereka akan melihat Allah dan Allah akan melihat dan mengucapkan salam kepada mereka, dan Allah akan berbicara dengan mereka. [14]

Hujah golongan ASWJ juga turut menggunakan hadith-hadith daripada Rasulullah SAW. Adapun Dalil-dalil dari Al-Hadis adalah sebagai berikut:


Hadith Pertama:

Jarir bin Abdullah berkata:

قَالَ جَرِيرُ بْنُ عَبْدِالهِi كُنَّا عِنْ اَ تُضَاهُونَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا فَافْعَلُوا ثُمَّ قَالَ فَ ( سَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ) (كتاب :كتاب مواقيت الصلاة باب :باب فضل صلاة الفجر رقم دَ النَّبِيِّ إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ فَقَالَ أَمَا إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا لاَ تُضَامُّونَ أَوْ ل الحديث :547 الجزء :1 الصفحة 209 ,صحيح البخاري

Jarir bin Abdullah berkata: “Kami duduk bersama Rasulullah, kemudian beliau memandang bulan yang sedang purnama, lalu beliau bersabda: ”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu sebagaimana engkau melihat bulan, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya, kalau kamu mampu tidak meninggalkan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya maka lakukanlah. [15]



Hadith Ke-Dua:
Sabda Nabi SAW yang maksudnya.

Sesungguhnya engkau akan melihat Tuhanmu dengan mata kepala sendiri,” [16]

Hadith Ke-Tiga:

Sabda Nabi yang berbunyi.

إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ قَالَ يَقُولُ الهُe تَبَارَكَ وَتَعَالَى تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ فَيَقُولُونَ أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ قَالَ فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ (صحيح مسلم باب :باب إثبات رؤية المؤمنين في الآخرة ربهم سبحانه (كتاب :كتاب الإيمان )) رقم الحديث : الجزء 1: الصفحة : 163


Apabila penduduk syurga telah masuk ke syurga, Allah Taala berfirman: ”Apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan Aku tambahkan?”. Mereka berkata: “Bukankah Engkau telah memutihkan muka kami dan memasukkan kami ke dalam syurga, dan menyelamatkan kami dari neraka?”. Kemudian Allah membuka tabir, dan tidak ada sesuatu yang telah diberikan kepada mereka yang lebih mereka cintai dari pada melihat Tuhannya Yang Maha Tinggi. [17]


JAWAPAN ASWJ TERHADAP LOGIK AKAL GOLONGAN MU’TAZILAH DAN ALIRAN YANG SEALIRAN DENGANNYA TENTANG ISU RU’YATULLAH:

Sebahagian dalil mereka sudah dijawab dengan dalil-dalil dari ASWJ sebagaimana di atas. Rumusan daripada jawapan ASWJ adalah sebagai berikut:

         Pengsannya Nabi Musa disebabkan karena ketidakmampuannya melihat Allah, dan ini bukan bererti Allah SWT tidak boleh dilihat.

         Tasbihnya Musa a.s setelah sedar dari pengsannya bukan menunjukkan penyucian dari kekurangan Allah, justeru menunjukkan kekurangan dan kelemahan Nabi Musa a.s yang yang tidak mampu melihat Allah di dunia, dan tidak semua yang boleh dilihat bererti tidak baik atau kurang.

         Nabi Musa mengatakan: ”Saya bertaubat”, Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya Juz VII/27 mengatakan: “Sudah disepakati oleh semua umat bahwa perkataan ini bukan disebabkan kerana Nabi Musa a.s melakukan maksiat.”

         Kaum Nabi Musa diadzab ketika mereka meminta melihat Allah, kerana permintaan mereka adalah sebuah tentangan kepada nabinya iaitu salah seorang rasul ulul-azmi. Tambahan pula permintaan kaum Nabi Musa a.s untuk melihat Allah itu dilakukan oleh kaum bani Israel dengan penuh kesombongan dan keingkaran dan menganggap semua itu suatu yang mustahil. [18]

         Perkataan mereka yang mengatakan bahawa setiap yang terlihat akan memberikan bekas yang berbentuk dan berwarna adalah “Qiyas ma’al fariq” iaitu kias yang terdapat banyak perbezaan kerana membandingkan Al-Khaliq [pencipta] dan makhluk-Nya dan kias seperti ini adalah bathil, karena Allah berfirman yang ertinya:



لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءُُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya [19]



BOLEHKAH ALLAH DILIHAT DI DUNIA?
Jumhur ulama’ mengatakan bahawa Allah tidak bisa dilihat dengan mata kepala di dunia. Berbeda dengan kelompok Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya), juga sebahagian As’ariyah dan orangorang Sufi, yang mengatakan bahawa Allah boleh dilihat dengan mata kepala di dunia, bahkan boleh mushafahah (berjabatan tangan) dan mulamasah (bersentuhan) dengan Allah, sebagaimana yang terdapat pada kitab Sirajut Thalibin hal.133. Mereka mengatakan: ”Orang-orang yang ikhlas akan boleh melihat, bahkan memeluk Allah di dunia dan akhirat, kalau mereka menginginkan yang demikian”. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan!!.

Orang-orang Sufi menganggap bahawa ma’rifatullah (pengenalan terhadap Allah) yang ada dalam hatinya sebagai ru’yatullah dengan mata kepala. Padahal terkadang syaitan membayang-bayanginya dan mengatakan bahwa dirinya adalah Tuhan.

Dalam hal ini Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya At-Tawassul Wal Washilah hal.28 berkata: ”Terkadang seorang hamba melihat Arsy yang besar yang ada gambar, juga melihat ada orang yang naik dan turun di arsy tersebut, dan menganggapnya itu malaikat, dan menganggap gambar itu adalah Allah, padahal itu adalah syaitan. Seperti ini sering terjadi sebagaimana yang dialami oleh Syaikh Abdul Qadir Jailani, beliau bercerita: ”Suatu hari ketika saya selesai beribadah saya melihat arsy yang agung, di dalamnya ada cahaya dan ada seorang yang memanggil, “Wahai Abdul Qadir Jailani saya adalah Tuhanmu dan saya sudah menghalalkan kepadamu semua yang Aku haramkan sebelumnya.”

Syaikh Abdul Qadir Jailani balik bertanya, apakah Engkau Allah yang tiada Tuhan selain Engkau? Hengkanglah Wahai musuh Allah!.Kemudian cahaya tadi terpencar dan berubah menjadi kegelapan kemudian keluar suara yang mengatakan, “Wahai Abdul Qadir engkau telah selamat dari tipu dayaku dengan pengetahuanmu tentang agama, saya sudah berjaya memperdayakan tujuh puluh orang dengan tipu daya ini.” Ketika beliau ditanya bagaimana anda mengetahui bahawa itu adalah syaitan, beliau menjawab kerana dia mengatakan bahawa Allah sudah menghalalkan kepadaku semua yang diharamkan sebelumnya kepada yang lain, dan saya berpendapat bahawa syariat Muhammad SAW tidak mungkin diubah dan diganti”.

Ketika Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ditanya tentang orang yang mengatakan bahawa dirinya pernah melihat Allah dengan mata kepala di dunia, beliau menjawab: “Barangsiapa di antara manusia yang mengatakan bahawa para wali atau selainnya boleh melihat Allah dengan mata kepalanya di dunia maka dia adalah seorang Mubtadi’ yang menyesatkan yang berlawanan dengan Kitab dan Sunnah dan ijma’ salaful ummah, apalagi kalau menganggap dirinya lebih afdhal dari Nabi Musa a.s, maka dia harus disuruh bertaubat kalau mahu. Kalau dia menolak maka boleh dibunuh,wallahu A’lam. [20]

Maka tidak boleh seseorang itu tergesa-gesa dan bersifat gopoh dengan orang yang bergelar wali atau ahli sufi.

Imam As-Syaukani dalam kitabnya Al-Wali mengingatkan: ”Tidak boleh seorang wali beranggapan bahawa semua yang terjadi padanya, berupa kejadian atau mukassyafat (pembukaan tabir) adalah semuanya karamah dari Allah, kerana bboleh sahaja semua itu datang dari syaitan, maka seseorang itu wajib menilai dan mengukur semua perkataan dan perbuatannya dengan Kitab dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Jikakalau sesuai maka itu adalah kebenaran dan karamah dari Allah. Jikakalau itu bertentangan dengan Kitab dan Sunnah maka hendaklah menyedari bahawa dia tertipu oleh syaitan.”

Adapun dalil jumhur yang mengatakan bahwa Allah tidak boleh dilihat dengan mata kepala di dunia adalah sebagai berikut:

         Firman Allah surah Al-A’raaf ayat 143 terdahulu. Ibnu Katsir mengatakan: ”Bahawa penafian ru’yatullah khusus di dunia, kerana adanya dalil-dalil yang menunjukkan bahwa Allah bisa dilihat di akhirat.”

         Firman Allah dalam surat Al-Anam ayat 153 . Imam Ahmad dalam kitab bantahannya kepada Zanadiqah dan Jahamiyah hal.13-14, berkata: “Makna ayat ini adalah tidak ada yang boleh melihat Allah di dunia kecuali di akhirat. Ibnu Khuzimah dalam kitab tauhidnya hal.185 menambahkan: “Bahawa Allah tidak boleh dicapai oleh penglihatan penduduk dunia sebelum mati”.

         Firman Allah dalam surah Asy-Syu’ara ayat 51, yang menyatakan bahawa Allah hanya berbicara dengan para rasulNya dengan wahyu atau di balik tabir atau dengan malaikat. Kalau melihat Allah tidak boleh terjadi pada rasul-Nya, maka apalagi pada manusia yang lain.

         Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 55, dan yang senada dengan ayat ini, yang menyatakan bahawa Bani Israil meminta Nabi Musa a.s untuk boleh melihat Allah dengan jelas diazab oleh Allah, kerana disamping mereka memintanya dengan penuh kesombongan dan penentangan, juga mereka memintanya di waktu yang tidak mungkin terjadi. Apabila kepada Nabi Musa a.s saja tidak boleh terjadi maka apalagi kepada yang lainnya.

         Manakala dalil dari Sunnah hadits-hadits yangtelah kita bincangkan diatas menyebutkan bahwa Allah hanya boleh dilihat pada hari kiamat. Itulah sebabnya pertanyaan sahabat juga memakai kata ”Apakah Allah boleh dilihat pada hari kiamat?” dalam pertanyaannya kepada Rasulullah, seperti hadis berikut:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah,para Sahabat berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ نَرَى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ya Rasulullah! Apakah kita akan melihat Allah pada hari kiamat? [21]


Riwayat lain dari Abu Sa’id Al Khudri, para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kita akan melihat Allah pada hari kiamat? [22]


Juga hadits Rasulullah SAW yang mengingatkan umatnya terhadap Dajjal, beliau bersabda:

Sesungguhnya di antara dua mata Dajjal tertulis kata “kafir” yang bisa dibaca oleh setiap orang mukmin, yang dapat menulis, atau buta huruf.
Dan beliau berkata: ”Ketahuilah bahwasanya tidak ada seorangpun di antara kamu yang boleh melihat Tuhannya sampai dia mati.[23]


Di sini Rasulullah SAW sedang berbicara dengan para sahabat bahwa mereka tidak boleh melihat Allah sampai mati. Ini bermakna para sahabat yang menerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah SAW bahawa sesorang itu tidak boleh melihat Allah sebelum mati, apalagi manusia yang lain.


APAKAH RASULULLAH PERNAH MELIHAT ALLAH DI DUNIA?
Antara isu berkaitan Ru’yatullah ini, kita tidak boleh terlepas pandang akan persoalan adakah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW melihat Allah ketika didunia? Jawapannya adalah kita merujuk kepada Qadhi Iyyad dalam kitabnya ”Assyifa fi ta’rifi huququl Musthafa” juz.I/119-124, menyebutkan beberapa perbedaan ulama’dalam masalah ini.

         Pertama : Ibnu Abbas dan riwayat dari Ka’ab bin Malik, juga dinisbahkan kepada Anas bin Malik, Ikrimah, Hasan, Rabi’, dan juga Abu Hasan Al Asy’ari dan Qadhhi Abu Ya’la dari Hanabilah mengatakan: “Rasulullah pernah melihat Allah (Ketika menerima perintah shalat diwaktu mi’raj), mereka berhujah dengan hadits-hadits tentang ru’yah yang tidak mengkhususkan dengan mata tetapi secara mutlak (umum) seperti:

1.      Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Saya melihat Tuhanku”. [HR.Ahmad]

2.      Ibnu Abbas berkata tentang firman Allah: “Dia benar-benar dan pernah melihatnya dalam bentuk yang lain, ia berkata: “Nabi sudah melihat Allah dua kali, di Sidharatul Muntaha, kemudian diwahyukan kepadanya perintah solat.. [HR Thurmudzi, hasan]

3.      Hadits tentang Isra’ miraj Nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, bahawa Dhamir (kata ganti) pada kata-kata dana ( mendekat ), auha (mewahyukan ) dan raahu ( melihat ) kembali kepada Allah. Dengan demikian maka Rasulullah SAW pernah melihat Allah.

4.      Al-Haitsami dalam Majmu’ Az-zawaid juz 1 hal 79, meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas: “Sesungguhnya Muhammad SAW melihat Rabb-Nya dua kali, pertama dengan mata kepalanya, dan kedua dengan mata hatinya”.

5.      Beliau juga berkata: “Muhammad melihat Allah”, Ikrimah bertanya: “Apakah beliau boleh melakukannya?”, ia menjawab: “Ya, Allah menjadikan Kalam (berbicara) dengan Musa, hullah (persaudaraan) dengan Ibrahim dan An-nazhar (melihat) kepada Nabi Muhammad. Diriwayatkan juga oleh At-Thabrani di Al-Awsath, tetapi di dalamnya isnadnya ada perawi bernama Hafs bin Amru yang dilemahkan oleh Imam Nasai)

6.      Imam Nawawi mengatakan, inilah pendapat yang kuat, menurut kebanyakan Ulama. Iaitu Rasulullah SAW melihat Allah dengan mata kepalanya di malam Isra mi’raj. Sesuai dengan hadits Ibnu Abbas terdahulu. Beliau juga menyebutkan beberapa alasan penguatannya, di antaranya masalah ini termasuk masalah yang tidak dapat dicerna oleh akal. Maka apabila hadits Ibnu Abbas itu soheh, ia harus dipegang. Juga Ibnu Abbas menetapkan bolehnya ru’yatullah bagi Nabi SAW, sedangkan hadits Aisyah menafikan (meniadakan) dalam kaidah al-mutsbat muqaddamun ala annafi (penetapan lebih dahulukan dari peniadaan). Dan shahabat apabila menetapkan satu pendapat, kemudian ada shahabat yang lain yang berbeza, maka perbedaan itu tidak dijadikan hujjah.

         Kedua: Rasulullah SAW tidak pernah melihat Allah dengan mata kepalanya di dunia.
Inilah pendapat yang dipegang Aisyah dan yang masyhur dari Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, dan Abi- Dzar juga sebagian muhadditsin, fuqaha, dan mutakalimin. [Llihat Syarah Thahawiyah oleh Abi al-izzi hal 137].

1.      Diantara dalil- dalilnya adalah
1. Hadits Aisyah yang diriwayatkan Masyruq, ia berkata:

مَنْ حَدَّثَكَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَأَى رَبَّهُ فَقَدْ كَذَبَ

“Barang siapa mengatakan bahawa Muhammad melihat Tuhannya, maka ia telah berdusta besar pada Allah. [HR. Bukhari Muslim]


2.      Hadits Abi Dzar -yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syaqiq-, dia berkata:

Saya pernah bertanya kepada Rasulullah, apakah engkau telah melihat Allah”, beliau menjawab: “Cahaya yang menghalangi-ku untuk melihatNya. [HR. Muslim]


Dalam riwayatkan lain dikatakan:


رَأَيْتُ نُورًا

Saya hanya melihat cahaya. [HR. Muslim]


3.      Hadits Abu Musa, di dalamnya disebutkan.


حِجَابُهُ النُّورُ لَوْ كَشَفَهُ لَأَحْرَقَتْ سُبُحَاتُ وَجْهِهِ مَا انْتَهَى إِلَيْهِ بَصَرُهُ مِنْ خَلْقِهِ


HijabNya adalah cahaya, jika hijab itu dibuka niscaya terbakar-lah di antara makhlukNya oleh cahaya mukaNya sejauh pandangan. [HR Muslim]

Sedangkan yang pernah dilihat oleh Rasulullah adalah Jibril Aliahissallam, bukan Allah sebagaimana Hadits Abu-Hurairah dan Aisyah.


4.      Hadits riwayat Abu Hurairah dalam firman Allah:

وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَى
Dan ia telah melihatnya dalam bentuk yang lain (An-Najm:13), Rasulullah mengatakan bahwa belaiu melihat Jibril. (HR. Muslim)

5.      Diriwayatkan oleh Asybani, dia bertanya kepada Dzur bin Hubaysih tentang tafsir ayat 13 surat An-Najm , dia berkata: Ibn Masud memberitahukannya bahwa Nabi melihat Jibril mempunyai 600 sayap.

Juga hadits Aisyah, ia menyatakan, bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Jibril yang sebelumnya tidak pernah saya lihat dalam bentuk aslinya kecuali dua kali. Saya melihatnya turun dari langit yang keagungan penciptaanya memenuhi langit dan bumi.”

6.      Dua hadits ini cukup untuk menjelaskan bahawa Nabi tidak pernah melihat Allah di dunia, kerana kedua hadits tersebut sahih dan sharih. Berbeza dengan hadits yang dipakai pendapat pertama, haditsnya mutlak. juga seperti hadits Syuraiq masih dipertanyakan sanad mahupun matan, kerana Syuraiq sendiri menurut Ahlul Hadits tidak hafidz (kuat hafalannya) (Lihat Fathul- Bari juz 13, hal 484 ). Adapun tarjih (pendapat yang dianggap kuat) Imam Nawawi termasuk tarjih tanpa hujjah yang kuat dan tepat.

7.      Ketiga : Tawaquf (tidak mengatakan Rasulullah telah melihat Allah). Ini yang dilakukan oleh Qadhi ‘Iyadh.

8.      Sebahgian Ulama mencuba untuk mempertemukan dua pendapat tersebut, dengan mengatakan bahawa orang yang meniadakan ru’yatullah maksudnya Nabi SAW tidak melihat Allah dengan mata kepalanya sendiri. Dan yang menetapkan ru’yatullah maksudnya Nabi SAW melihat Allah dengan mata hatinya. Kerana tidak adanya dalil yang jelas dari Al-Qur’an dan As-sunnah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melihat Allah dengan mata kepala beliau, dan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah memberitahukan kepada sahabatnya, seandainya beliau pernah melihat Allah dengan matanya nescaya akan menceritakan kepada sahabatnya. [Lihat Majmu’Fatawa juz 6, hal 509-510). Juga tafsir Ibn Katsir juz 6, hal 452]




[1] Al An’aam:103
[2] Al A’raf :143
[3] An Nisa:153
[4] Al-Abaqarah: 55
[5] Assyura:51
[6] Lihat kitab Haadul Arwah oleh Ibnu Al Qayyim hal.223
[7] Al-A’raf : 144
[8] Ibrahim : 7
[9] Yunus : 26
[10] Asyuaraa : 61
[11] Qaaf : 35
[12] Al-Qiyamah : 22-23
[13] Al-Kahfi:110
[14] Lihat kitab As-Syari’ah oleh Imam Al Ajurri hal.252
[15] HR.Bukhari Muslim
[16] HR.Bukhari Muslim
[17] HR.Muslim, dari Shuhaib)
[18] Lihat Al Ibanah hal.15
[19] As-Syuraa : 11
[20] Majmu’ fatawa VI/512
[21] HR.Bukhari dan Muslim
[22] HR.Bukhari Muslim
[23] HR.Muslim