Pages

Friday 6 September 2013

Iman Dan Istiqomah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله 
وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



A030


Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.


Pengajaran ayat 30 (Surah Fussilat):

1.      Ayat di atas menjelaskan bahawa syarat untuk manusia mendapat keamanan dan ketenangan yang hakiki dan seterusnya syurga ialah iman dan istiqamah.

2.      Maksud Istiqomah, ada empat pendapat:


                                i.            Istiqomah atas tauhid (tidak mensyirikkan Allah). Ini pendapat  Abu Bakar –radiyallahuanhu- dan Mujahid

                             ii.            Istiqomah  sentiasa taat kepada Allah dan menunaikan fardhu-fardhu-Nya. Ini pendapat Ibn Abbas, Al-Hasan dan Qatadah.

                           iii.            Istiqomah ialah ikhlas dan beramal sehingga mati.Ini pendapat Abu al-A'liyah, Al-Suda dan Ata'.

                           iv.            Zuhud dalam kehidupan yang fana (dunia) dan bersungguh untuk kehidupan yang kekal (akhirat)


3.      Kata Qatadah: Adalah Al-Hasan apabila membaca ayat ini maka beliau berdoa: : اللهم أنتَ رَبُّنَا فَارْزُقْنَا الاِسْتِقَامَةَ (Ya Allah! Engkau adalah Tuhan kami, maka anugerahlah kepada kami Istiqamah).


4.      { تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ } Maksudnya kata Ibn Abbas ialah : Para malaikat akan turun dan mendatangi orang yang beriman dan beristiqomah  ketika mati. Kata Qatadah : Ketika di bangkit dari kubur. Kata Waqi' bin Al-Jarah : Kegembiraan akan berlaku di tiga tempat: Ketika mati, ketika di dalam kubur dan ketika di bangkit dari kubur.

5.    Maksud { أَلا تَخَافُوا } iaitu  jangan takut atau bimbang dengan kematian. Kata Mujahid: Jangan takut atas apa yang telah kamu lakukan daripada urusan akhirat.

6.   Maksud  {وَلا تَحْزَنُوا} jangan kamu sedih atas apa yang kamu tinggalkan daripada ahli keluarga kamu kerana kami yang akan mengantikan kamu untuk menguruskan mereka. Kata Ata' bin Abi Rabah :  Jangan kamu takut dan sedih atas dosa-dosa kamu, kerana sesungguhnya Aku telah ampunkan bagi kamu semua dosa-dosa tersebut.

7.  Takut ialah perasaan bimbang  terhadap perkara makruh yang akan menimpa seseorang. Manakalah sedih ialah di sebabkan kehilangan sesuatu yang bermanafaat  di masa yang lepas.

8.  Maksud ayat 30 : Sesungguhnya orang-orang yang berkata dengan penuh keikhlasan dan kebenaran bahawa Tuhan kami adalah Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya tidak pada zat-Nya dan tidak pada sifat-Nya, kemudian mereka tetap teguh atas pengakuan ini  serta mereka beramal berdasar tuntutan kalimah tauhid ini dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan mengikuti ajaran sunnah Rasul-Nya –sallallahu alayhi wasallam- samada ketika senang atau susah, ketika cergas atau lemah  dalam semua keadaan dan waktunya. Maka mereka ini akan di lingdungi ddan di jagai oleh para malaikat yang akan sentiasa memberi keamanan dan ketenangan dalam hati-hati mereka.

9.   Nabi SAW telah menjelaskan bahawa istiqomah atas agama Allah adalah pelengkap kepada segala kebaikan. Dari Sufyan bin Abdullah al-Thaqafiy telah berkata: Wahai Rasulullah !Beritahulah padaku perkara dalam Islam yang aku tidak akan bertanya lagi orang lain selepas engkau. Sabda baginda:  "Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian kamu beristiqomah..". [HR Muslim]


10.     Kegembiraan yang di bawa oleh malaikat ialah dengan cara memberi ilham kepada orang yang beriman tentang apa yang melapangkan hati mereka, menenangkan jiwa mereka sehingga ketika saat kematian mereka dan ketika mereka di bangkitkan.

11.        Keamanan yang di bawa oleh malaikat ini adalah umum untuk semua kebimbangan yang akan berlaku dan juga kesedihan  umum untuk semua perkara yang telah luput.

12.         Kata Sayyed Qutb r.a : Orang-orang mukmin yang  beristiqomah yang sentiasa beriman dan beramal soleh, iaitu Allah tidak membiarkan mereka ini di ganggu oleh teman-teman yang jahat samada daripada jin atau manusia. Tetapi sebaliknya Allah menjadikan para malaikat sebagai teman baik dan setia mereka yang sentiasa melimpahkan perasaan aman dan tenang ke dalam hati-hati mereka, mengembirakan mereka dengan syurga  dan memmandu serta memimipin mereka  dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.


13.      Istiqomah dari segi perasaan keyakinan kepada Allah, istiqomah dari segi akhlak yang mulia,  istiqomah dalam kesabaran menghadapi cabaran hidup dan dalam melakukan ketaatan kepada Allah adalah satu perkara yang cukup susah dan berat. Oleh kerana itulah bagi mereka yang mampu beristiqomah di anugerah oleh Allah persahabatan para malaikat, sentiasa di gembirkan dengan syurga, hidup di pimpin oleh malaikat sepanjang masa sehinggalah mereka  memasuki syurga 



A031

Maksudnya: "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

Pengajaran ayat 31:
1.  Para malaikat yang turun membawa berita gembira dengan syurga berkata :Kamilah penjaga , penolong dan kekasih kamu yang akan sentiasa menjaga, menolong kamu dengan penuh kasih sayang sepanjang kehidupan kamu di dunia dan juga di akhirat dan kami tidak akan berpisah dengan kamu sehinggalah kamu memasuki syurga.

2. Kata malaikat juga: Bagi kamu apa saja yang kamu inginkan dari kemuliaan, keseronokan dan kelazatan hidup dan bagi kamu juga apa saja yang kamu cita-citakan.



A032
Maksudnya: "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Pengajaran ayat 32 :
1.      Maksud { نزلا } ialah rezki yang di sediakan khas untuk tetamu daripada makanan dan minuman  yang baik lagi  lazat dan tempat rehat yang selesa di dalam syurga.

2.       Semua nikmat ini disediakan oleh  Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang


A033

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


Pengajaran ayat 33: 
1.                  Dalam ayat ini Allah menerangkan kemulian dan ketinggian orang yang melakukan kerja-kerja dakwah kepada al-haq dengan hikmah dan ikhlas. Tidak ada seorang pun yang lebih baik, lebih tinggi kedudukan dan lebih mulia daripada mereka yang berdakwah mengajak manuia supaya taat kepada Allah dan menjaga kewajipan agamanya.

2.                  Tidak cukup setakat berdakwah sahaja bahkan mereka berterusan melakukan amalan solih yang menjadikan para mad'u yang di seru lebih yakin dan mudah menerima dakwahnya. Akhirnya mereka berkata dengan penuh kegembiraan: Sesungguhnya kami adalah orang yang sentiasa menyerah diri kepada Allah dan ikhlas ketika beramal hanya  kerana-Nya.

3.                  Tanda-tanda puasa di terima:


a)     Suka pergi ke masjid dan sentiasa menjaga solat berjamaah lima waktu di masjid. Orang yang berjaya dalam ujian puasa akan menjadi orang yang cerdik dan akan mengutamakan ganjaran pahala 27 berbanding satu.

b)     Selalu membaca dan mempelajari al-Quran. Ini kerana al-Quran adalah pedoman hidup bagi setiap muslim di dunia dan penyelamat kepada setiap muslim di akhirat. Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- : Bacalah al-Quran, maka seseungguhnya ia akan datang pada hari qiamat untuk memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengannya. [HR Muslim]


c)     Sentiasa menjaga solat sunat rawatib 12 rakaat. Dari Ummu Habibah –radiyallahu anha- telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- berkata: Barangsiapa yang solat dua belas rakaat setiap hari dan malamnya maka akan di bina untuknya sebuah istana di syurga. [Riwayat Muslim-728]

d)     Dalam riwayat al-Tirmiziy (seperti hadith di atas) dan di tambah: Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum fajar. [Riwayat al-Tirmiziy-415]


e)       Terus melakukan solat sunat witir setiap malam. Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam-:  Sesungguhnya Allah telah menambahkan kepada kamu dengan solat yang ianya lebih baik dari unta yang merah (harta yang paling mahal), kami bertanya: Apa dia wahai Rasulullah? Jawab Baginda: "Witir", iaitu apa yang (dilakukan) di antara solat isyak dan terbir fajar. [Riwayat Abu Daud-1418, al-Timiziy-452, Ibn Majah- 116]

f)      Meninggalkan larangan-larangan yang biasa di lakukan sebelum Ramadhan seperti membuka aurat.  Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
a.      59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Ahzab: 59]

g)     Tidak mengumpat dan membuang masa sebaliknya selalu bercakap perkara yang baik dan suka mengajak orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- :Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jrannya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam sahaja.  [Muttafaqun alay]